Keperluan Kalsium Mengikut Usia

Jom kita tambah ilmu tentang keperluan kalsium dalam badan.

 

USIA KEPERLUAN KALSIUM
Kurang dari 1 tahun 210 – 270 mg
1 tahun – 3 tahun 500 mg
4 tahun – 8 tahun 800 mg
9 tahun – 18 tahun 1300 mg
19 tahun – 50 tahun 1000 mg
lebih dari 50 tahun 1200 mg

 

Jadual di atas menunjukkan Keperluan Kalsium Mengikut Usia

 

Kalsium adalah sejenis mineral yang penting untuk kita. Ia membentuk mineral yang terbanyak berbanding mineral-mineral lain. Ia sangat penting kepada kanak-kanak dan remaja dalam pembentukan tulang dan gigi yang baik. 99% kalsium di dalam badan adalah dalam bentuk tulang dan gigi. Bagi mereka yang sudah menopause (putus haid) pula, kalsium juga sangat penting untuk mengekalkan struktur tulang mereka.

Kekurangan kalsium akan menyebabkan keadaan yang dipanggil rickets pada kanak-kanak dan osteomalacia di kalangan orang dewasa.

Kalsium juga adalah penting untuk fungsi-fungsi yang lain seperti :

  • fungsi saraf yang baik (rasa gelisah, rasa sesemut atau kebas)
  • fungsi otot yang baik (kekejangan) seperti merawat kekejangan waktu malam
  • proses pembekuan darah
  • kajian terkini mendapati kalsium membantu menghalang berlakunya tekanan darah tinggi.

 

Keperluan kalsium

Kajian yang dilakukan di luar negara mendapati sehingga 60% - 70% penduduk tidak mengambil kalsium yang secukupnya setiap hari.

Secara kasarnya, wanita memerlukan lebih kalsium berbanding lelaki. Wanita remaja memerlukan kalsium yang cukup untuk menguatkan tulang mereka di samping membantu mengawal osteoporosis semasa mereka semakin dewasa dan tua. Wanita Asia yang mempunyai struktur badan yang kecil dan ketumpatan tulang yang rendah lebih berisiko tinggi menghadapi osteoporosis.

Masalah yang dihadapi dengan kalsium ialah kadar penyerapannya yang agak rendah. Sebenarnya badan kita hanya memerlukan 150mg kalsium sehari, tetapi memerlukan pengambilan sehingga 10 kali ganda daripada jumlah tersebut.

 

Sumber-sumber kalsium

Kalsium banyak didapati melalui pengambilan susu dan makanan dairy (tenusu) yang lain. Bagaimanapun, pengambilan yang berlebihan menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi. Ada juga individu yang alahan dengan barangan tenusu.

Selain daripada itu, kalsium juga boleh didapati melalui sardin, ikan bilis, tofu, oyster, sayuran mentah, udang dan kekacang.

Sebagai perbandingan kasar, 600mg kalsium adalah bersamaan dengan :

  • 3 gelas susu,
  • 4.6 kg daging,
  • 15 biji telur,
  • 70g cheese,
  • 400g ais krim, atau
  • 2 cawan yoghurt.

bagi mereka yang kurang mengambil makanan yang kaya dengan kalsium, saya amat2 mengesyorkan anda untuk mengambil “OSTEMATRIX” produk Shaklee yang terbukti keberkesanannya secara klinikal.

 

oste-matrix

 

Tulang adalah struktur penting dalam tubuh manusia. Ia membina kerangka tubuh, menyokong berat badan serta melindungi organ-organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan buah pinggang; selain membolehkan kita menggerakkan otot dan tubuh dengan bebas. Mengekalkan kesihatan tulang yang optimum adalah amat penting untuk mengecapi kesihatan keseluruhan yang sempurna.

 

Bukan Sekadar Kalsium

OsteMatrix membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

#ShakleeEffect >> bangun tidur badan jadi segar bugar.. tiada masalah sembelit atau kesukaran membuang air besar.. lenguh2 sendi hilang selepas bangun tidur..

 

========================================================

 

Hubungi saya untuk mendapatkan sebarang maklumat dan konsultasi secara PERCUMA sekarang!

 

Pengedar Sah Shaklee Kawasan Gelang Patah

Ilham Vitamin


No comments:

Post a Comment