Tips Atasi Rambut Gugur Selepas Bersalin

Hai semua.

 

Hari ni saya nak kongsikan “Tips Atasi Rambut Gugur Selepas Bersalin”.

Bukan anda saja yang mengalaminya, saya juga tak terlepas dari mengalami masalah ini. Sampaikan Babah Ilham cakap, “senang je kalau nak cari ummi.. tengok rambut gugur kat kat lantai petunjuk mana ummi” hehehe.

 

Rambut saya memang mengalamai masalah keguguran yang teruk. Walaupun hakikatnya rambut saya lebat. Kalau lepas disikat, mak oiii banyak yang gugur. Sejak ada anak, saya akan pastikan rambut saya tak terlalu panjang dan akan potong pendek.

 

RAMBUT GUGUR LEPAS BERSALIN

Info penting untuk ibu2 fahami:


1.Hampir semua wanita bersalin akan mengalami masalah rambut gugur. Purata keguguran rambut ibu yang baru bersalin adalah antara 50-100 urat rambut setiap hari.


2. Hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut. Bukan kerana anak dah pandai menyembur tu ya ibu2. Itu cuma mitos orang tua2. Tidak ada kaitan dengan masalah keguguran rambut.


3. Jangan panik bila rambut anda mengalami masalah keguguran di awal kelahiran kerana anda tidak akan menjadi botak. Ia akan kembali normal dalam masa 6 bulan hingga setahun selepas melahirkan.


4. Semasa hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.


5. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.


Apakah Yang Ibu Perlu Lakukan?


1. Pastikan pengambilan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada supplement.


2. Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.


3. Elakkan penggunaan wig kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.


Sekiranya keguguran rambut sangat serius, ibu2 digalakkan berjumpa doktor kerana ditakuti ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.


Makanan Yang Dicadangkan Untuk Mengurangkan Masalah Keguguran Rambut


1. Telur Dan Daging Ayam
Pengambilan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.


2. Gandum
Khasiat gandum boleh meningkatkan tenaga, mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.


3. Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.


4. Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.


5. Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.


6. Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.


7. Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.


8. Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.


9. Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau 3 liter air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

 

Set Kesihatan Shaklee Yang Disyorkan Untuk Masalah Keguguran Rambut

 

set keguguran rambut

 

Energizing Soy Protein (ESP)

  • Energizing Soy Protein tersangatlah bagus utk masalah keguguran rambut, kuku dan kulit yang sihat.
  • Membekalkan protein untuk membina rambut baru.

B Complex

  • Terdapat Biotin dalam B Complex yang mana ianya bagus untuk menguatkan rambut dan kuku. Biotin juga dapat membantu kita utk mengelakkan kerosakan pada rambut. Ia juga boleh membuatkan folikel rambut kita kuat dan tebal.Biasanya dermatologi menggalakkan penggunaan Biotin utk masalah rambut.
    # Niacin, yang juga dikenali sebagai vitamin B3, ia juga membantu peredaran di kulit kepala dan ini membantu rambut anda tumbuh semula. Manakala, Vitamin B5 pula berfungsi seperti B3 dan juga boleh melambatkan rambut anda beruban. Selain dari itu, Asid folik atau vitamin B9 juga membantu dalam pertumbuhan rambut. Untuk pengetahuan anda, vitamin yang baik dari keluarga B akan memberikan anda keputusan yang sungguh menakjubkan untuk rawatan kehilangan/keguguran rambut.

 

Zinc Complex

  • Kekurangan Zinc pula boleh mendorong kepada rambut gugur. Jika tiada mineral zink , akar rambut akan menjadi lemah dan seterusnya menyebabkan kerosakan rambut serta menyebabkan pertumbuhan semula rambut anda sangat perlahan. Zinc elok sekali untuk rambut termasuk untuk pembiakan sel, pertumbuhan tisu dan pembaikan tisu yang rosak. Ia juga mengekalkan kelenjar merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut anda, sekali gus mengurangkan peluang mereka jatuh.

 

Revitalizing Shampoo

  • Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya

 

Lightweight Conditioner

  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus

 

========================================================

 

Hubungi saya untuk mendapatkan sebarang maklumat dan konsultasi secara PERCUMA sekarang!

 

Pengedar Sah Shaklee Kawasan Gelang Patah

Ilham Vitamin


No comments:

Post a Comment